SERENDAH, 5 Mei 2021 - Hari ini telah berlangsung Majlis Iftar Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah.

Majlis bermula pada jam 6:30 dengan bacaan Yaasin dan doa bersama pelajar ASKA di Surau. YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK meluangkan masa hadir dan memberi ucapan ringkas sebelum masuk waktu maghrib dan berbuka puasa.

Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih); Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); karyawan Ibu Pejabat YBK, ASKA Serendah, ASKA Gesir, Akademi Kemahiran YBK, rakan strategik dan jemputan khas.

Para hadirin berbuka dengan hidangan ringkas sebelum solat maghrib berjemaah, dan beransur ke Dewan Utama selepas itu untuk makan malam. Solat maghrib telah diimamkan oleh Saudara Muhd Hariz Zubir, Ketua Pelajar ASKA YBK Serendah.

Selesai urusan di Dewan Utama, hadirin bergerak kembali ke Surau untuk solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah. Dato' Pengerusi YBK juga sempat memberikan tazkirah ringkas selepas selesai solat berjemaah berkenaan kepentingan jihad melawan hawa nafsu.

Majlis diakhiri dengan moreh ringkas di Dewan Utama dan selesai sepenuhnya pada jam 10:30 malam.

- - - - - - -
Laporan disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Serendah dan telah disunting oleh Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;