SUNGAI BESAR, 7 Februari 2020 - Hari ini menjadi satu sejarah buat penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah kerana berlangsungnya Majlis Penyerahan Borang 5A Kelulusan Kebermilikan Tanah yang disampaikan sendiri oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Hadir bersama dalam majlis ini adalah En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK) dan Encik Mohd Khairi Yunos bekas Eksekutif Kanan Sosial YBK yg bertanggungjawab membangunkan desa kasih YBK.

Desa Kasih Merbau Berdarah (DKMB) adalah salah satu daripada 9 buah Desa Kasih yang dibangun oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di bawah program sosio-ekonomi sepanjang tempoh 1992 sehingga 1999. DKMB dibangunkan pada tahun 1998 hasil kerjasama YBK, MAIS dan UPEN Selangor, meliputi kawasan seluas 20 ekar dengan 110 unit rumah beserta kemudahan-kemudahan seperti surau dan balai raya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;