RAWANG, 10 September 2020 - Hari ini karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hadir di kediaman Almarhum Dato' Hj. Bing Selamat Amir untuk Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil.

Sebelum majlis, Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom bersama-sama En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK) dan karyawan telah meluangkan masa menziarahi pusara Almarhum.

Majlis bermula pada jam 12 tengahari, dengan kehadiran para karyawan YBK daripada Ibu Pejabat, outlet dan anak syarikat. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Datin Saripah dan Datin Hartini Osman serta wakil anak-anak Asrama Kasih YBK.

Dato' Pengerusi dalam ucapan ringkasnya selepas selesai tahlil menyebut berkenaan jasa-jasa Almarhum di YBK khususnya dalam membangunkan bahagian pendidikan dan modal insan, dan menyeru para karyawan yang hadir untuk mencontohi dan mengambil semangat juang Almarhum.

Beliau juga berpesan kepada keluarga Almarhum untuk bertabah dan berdoa untuk kesejahteraan Almarhum. Semoga Almarhum Dato' Bing Selamat Amir ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh dan jasa serta bakti budi beliau menjadi untaian pahala yang berterusan hingga ke hari akhirat.

Al-Fatihah.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;