CHERAS, 2 September 2020 - Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangan Memorandum Kerjasama (MoC) Program Pure Heart antara Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Majlis diadakan di Ibu Pejabat Majlis Belia Malaysia di Wisma MBM.

Datin Dr. Hjh. Hartini Osman telah hadir mewakili YBCare selaku Pengerusi, manakala En. Zulhairy Jalaluddin mewakili YBK selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah. MBM diwakili Tuan Jufitri Bin Joha (Presiden) dan MVM oleh En. Mohd Fauzan bin Abdul Shukor (CEO).

Turut hadir, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan En. Hasnul Haniff Harun (Setiausaha Agung MBM), serta para pegawai daripada badan-badan yang berkenaan.

Objektif MoC ini adalah bagi mengukuhkan persefahaman kerjasama bagi melaksanakan Program Pure Heart selama 4 sesi di mana setiap badan melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagaimana dipersetujui.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;