SHAH ALAM, 13 Julai 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjung hormat kepada Tuan Haji Izmi Ismail, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK mengetuai kumpulan YBK yang terdiri daripada En. Asuad Ismail (Timbalan Pengurus Aset merangkap Pengurus YBK Global Camp), En. Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus Pendidikan, Inovasi & Modal Insan) dan Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah).

Di pihak JPNS, pertemuan disertai oleh En. Norolrozi @ Norulrozi Azeri, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam berkisar berkenaan taklimat program-program YBK kepada Pengarah Pendidikan di samping bertukar-tukar pendapat berkenaan perkara berkaitan pendidikan.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;