PETALING JAYA, 6 Julai 2020Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini menyerahkan sumbangan berbentuk barangan kepada Puan Suaslina bt Rahim yang menjalankan perniagaan Nasi Lemak di Taman Dato’ Harun. Beliau merupakan ‘Usahawan Perantis’ bagi Projek Dan Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI) YBK yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.

Pengerusi YBK, YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin bin Sakom berkata, Projek dan Aktiviti Keusahawanan Sosial (PAKSI) adalah sebuah modul ‘menghijrahkan’ fakir miskin yang berdaya saing dan mempunyai semangat yang tinggi untuk berubah dalam usaha membina kesejahteraan diri dan keluarga.

Kesungguhan ‘Semangat Mendaki’ yang ada dalam diri beliau, memungkinkan usaha beliau sejak tahun 2016, menjaja nasi lemak bungkus ini dari rumah ke rumah dan kini beliau telah mendapat tapak kiosk yang disediakan oleh pihak Majlis bagi menjadikan perniagaannya lebih efektif.

Beliau menyeru, agar usaha seperti ini mendapat kerjasama kerajaan tempatan, agensi dan NGO’s supaya gerak kerja bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dapat digembeling sehingga berjaya. Turut hadir bersama YBhg Datin Dr. Hjh. Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Puan Suaslina bt Rahim juga merupakan penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan bagi tahun 2019 dan 2020.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;