PUTRAJAYA, 25 Jun 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah mengadakan pertemuan dan perbincangan santai bersama En. Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK bersama En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK mengadakan perbincangan lebih sejam bersama pihak KPLB. Agenda perbincangan adalah berkenaan ruang dan peluang YBK untuk bersama dalam program KPLB terutamanya yang berkaitan pendidikan dan latihan.

Beberapa buah fikiran dan pandangan telah diambil maklum dan YBK akan melaksanakan tindakan dan kunjungan susulan selepas ini di peringkat Kementerian dan Agensi berkaitan.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;