KELANA JAYA, 25 Jun 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kehadiran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di Ibu Pejabat YBK untuk membentangkan inisiatif projek 'Pure Heart'.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare, YBhg. Datin Dr Hjh Hartini Osman hadir mendengar taklimat. Turut bersama, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pegawai daripada YBK dan YBCare.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Mohd Fauzan Abdul Sukor, Ketua Pegawai Eksekutif MVM, dan dibantu oleh pegawai MVM yang hadir.

Program Pure Heart merupakan inisiatif MVM bagi mendekati kumpulan yang kurang bernasib baik melalui siri bimbingan dan latihan dalam tempoh tertentu. Ia ditumpukan dalam satu komuniti yang telah dikenal pasti dan YBK dalam konteks ini menawarkan lokasi yang sesuai bagi melaksanakan projek ini.

Secara dasarnya YBK menyambut baik cadangan MVM untuk berkolaborasi bersama YBK dan YBCare demi kebaikan kumpulan sasar. Pengurusan MVM, YBK dan YBCare akan mengadakan perbincangan lanjut bagi mengkoordinasikan pelaksanaan program ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;