KELANA JAYA, 17 Jun 2020 - Detik bersejarah telah tercatat pada hari ini dengan berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Qurban YBK 1441H hasil kerjasama strategik antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan QurbanAid.

Objektif Program Qurban ini adalah bagi memberi peluang dan ruang kepada umat Islam yang ingin menjalankan ibadah Qurban dengan cara yang mudah dan pantas melalui YBK. QurbanAid bertindak sebagai penyedia platform dan pelaksana program qurban yang akan dilaksanakan di negara terpilih pada Aidil Adha nanti.

Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK bersama-sama dengan YBhg. Dato' Haji Ishak Harun, Pengerusi QurbanAid. Turut hadir, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK; Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Encik Aswad Khawarie Mohd Ali (Pengarah Urusan QurbanAid); karyawan YBK dan rakan-rakan media.

Dato' Pengerusi YBK dalam ucapannya berharap agar orang ramai dapat memanfaatkan peluang untuk melaksanakan ibadah qurban bersama YBK sebagai manifestasi kesyukuran kepada Allah S.W.T. Beliau turut melahirkan penghargaan kepada QurbanAid selaku rakan strategik.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Program Qurban YBK ini dengan bayaran serendah RM299 untuk 1 bahagian lembu. Kepada yang ingin menyertai, boleh mengisi borang secara dalam talian di alamat https://qurban.ybk.org.my atau menghubungi Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor di talian 03 7875 0036 / 019 310 5370 untuk info lanjut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;