BUKIT BERUNTUNG, 13 Jun 2020 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama dengan MyFundAction dan Relawan Majlis Belia Malaysia telah melaksanakan program "YBK Prihatin - Misi Bantuan Kemanusian Rezeki Sinar Syawal" iaitu sumbangan bakul makanan kepada keluarga terkesan PKP di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Sebanyak 200 buah keluarga terpilih telah menerima sumbangan yang diagihkan di Dewan Rukun Tetangga Apartment Kenanga. Semua wakil keluarga yang hadir telah mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu menjaga penjarakan sosial serta diambil butiran dan diperiksa suhu badan. Karyawan YBK dan sukarelawan yang hadir turut membantu memantau keadaan.

Serahan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (CEO Prihatin Group merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Puan Siti Aisyah Shahid (COO MyFundAction), Tuan Hasnul Haniff Harun (Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), En. Norman (Pengerusi KRT Taman Bunga Raya), para karyawan YBK dan sukarelawan.

Dato' Pengerusi YBK dalam ucapannya mengulangi komitmen YBK untuk menjadi NGO yang kehadapan dalam membantu mereka yang terkesan akibat PKP ini, serta mengalu-alukan kerjasama daripada NGO dan kumpulan belia dalam menyantuni mereka yang memerlukan.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;