KELANA JAYA, 20 Mei 2020 - Bagi memantapkan Program Korban pada tahun ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengorak langkah menjalin kerjasama strategik dengan syarikat Hanna Qurban Aid Sdn. Bhd. (Qurban Aid). Syarikat ini berpengalaman dalam melaksanakan program ibadah korban di luar negara.

Atas dasar tersebut, YBK dan Qurban Aid telah menandatangan Perjanjian Persefahaman (MoU) di Ibu Pejabat YBK. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom mewakili YBK manakala Qurban Aid diwakili oleh Dato' Haji Ishak Harun (Pengerusi Qurban Aid). Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK) dan En. Aswad Khawarie Mohd Ali (Pengarah Urusan Qurban Aid) bertindak sebagai saksi.

Intipati perjanjian ini antaranya adalah, Qurban Aid akan menguruskan proses korban secara keseluruhan manakala YBK pula bertindak sebagai wakil bagi mencari peserta yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban. Secara keseluruhannya, kedua-dua pihak akan memperoleh manfaat dalam sinergi ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;