KUALA LUMPUR, 15 April 2020 - Realitinya bukan sahaja warga tempatan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah turut menerima kesan adalah warga asing yang mencari rezeki di Malaysia.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang diwakili oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar), En. Nasrul Ali Hasan (Pegawai Khas Pengerusi YBK) bersama-sama En. Mohd Affendy Musa telah turun bagi melihat sendiri keadaan warga Rohingya yang diberitakan amat terkesan dengan PKP di kawasan Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur.

YBK juga telah menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada kumpulan ini untuk meringankan beban mereka dan keluarga. Mereka amat menghargai sumbangan ini dan mengucapkan terima kasih kepada YBK.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;