SG BUAYA, 9 April 2020 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah melaksanakan program menghantar bekalan makanan asas kepada 6 buah keluarga yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh PKP. Seramai 6 buah keluarga yang mendapat bantuan kali ini adalah dari senarai nama yang diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor.

Sumbangan disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah selaku pengetua Asrama Kasih YBK Serendah diiringi oleh wakil RELA, En. Zaini Zainor. Penyampaian selesai sepenuhnya pada jam 2:00 petang.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;