KELANA JAYA, 28 Mac 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 dan berlangsung sehingga 14 April 2020 telah memberi kesan kepada keluarga yang bergantung harap kepada pekerjaan harian dan memiliki tanggungan yang tinggi. Prihatin dengan isu ini, YBK melalui inisiatif YBK Peduli telah bertindak untuk menyantuni kumpulan ini melalui pemberian sumbangan barangan keperluan.

Inisiatif ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 28 Mac hingga 30 Mac 2020. Para karyawan dan sukarelawan YBK daripada Ibu Pejabat dan semua outlet telah berganding bahu untuk melaksanakan edaran ini dengan pantas dan pada masa yang sama mematuhi arahan penjarakan sosial. YBK juga telah mendapat kerjasama daripada beberapa pembekal, antaranya pihak MYDIN.

Keluarga yang terpilih adalah dari kalangan mereka yang betul-betul terkesan meliputi beberapa daerah iaitu Petaling, Klang, Gombak Kuala Langat, Hulu Langat, dan Hulu Selangor. Karyawan-karyawan YBK telah dipertanggungjawabkan melaksanakan edaran di daerah masing-masing dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz melaksanakan edaran di daerah Hulu Langat bersama kumpulan sukarelawan daripada Majlis Belia Daerah Hulu Langat. Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK) dan En. Nasrul Ali Hassan Abdul Latif (Pegawai Khas Pengerusi YBK) dipertanggungjawabkan di daerah Gombak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut bergerak, Pn. Rozita bersama En. Asuad dan Cik Wan Afifah (daerah Klang), En. Audi Faliq dan En. Muhd Afiq (Petaling), Pn. Halimaton Saadiah, Ustaz Syaiful Akmal (Serendah – Hulu Selangor), Pn. Leza, Pn. Farahin dan En. Razali (Gesir – Hulu Selangor), Pn. Siti Rugayah (Batang Kali, Bukit Beruntung – Hulu Selangor), En. Rasidi Sapiai (Kuala Langat), En. Zulkifli Zali dan pegawai Pusat Latihan YBK (Kuala Selangor).

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;