SERENDAH, 20 Februari 2020 - Program Tazkirah Bulanan Kg Orang Asli (KOA) Ulu Melaka pada hari ini sangat istimewa dengan kehadiran Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Dato' Hj. Zainal Abidin Hj. Sakom. Beliau telah melapangkan masa untuk menyampaikan tazkirah bulanan di Surau Kg KOA Ulu Melaka.

Tazkirah bermula selepas selesai solat Maghrib dan berlangsung sehingga masuk waktu solat Isyak. Dato' Pengerusi YBK telah berkongsi pelbagai perkara bersama jemaah yang turut dihadiri oleh kaum ibu dan anak-anak. Turut hadir, Datin Hartini Osman, En. Zulhairy Jalaludin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), wakil daripada PERKIM dan para karyawan YBK.

Selesai solat Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra dan jamuan malam bersama komuniti KOA Ulu Melaka. Hampir keseluruhan penduduk telah hadir termasuklah Tok Batin Ikang selaku ketua masyarakat. Tok Batin dalam ucapannya sangat mengalu-alukan hasrat YBK untuk bersama-sama membangunkan komuniti KOA Ulu Melaka dari aspek pembangunan dan pendidikan, dan turut menyeru komuniti KOA Ulu Melaka untuk memberi sokongan. Dato' Pengerusi YBK mengulangi komitmen YBK untuk menjadikan KOA Ulu Melaka sebagai 'kampung angkat' demi manfaat bersama.

Majlis selesai pada jam 10 malam.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;