KELANA JAYA, 30 Januari 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) membuka lembaran program 3 dekad pada tahun ini dengan melancarkan logo rasmi Sambutan 30 Tahun YBK di Rumah YBK Kelana Jaya.

Majlis Pelancaran Logo 30 Tahun YBK telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Dalam ucapannya, beliau menceritakan perjalanan yang dilalui YBK sebagai sepanjang 3 dekad di samping turut berkongsi program-program yang akan dilaksanakan sempena sambutan 30 tahun ini.

Hadir dalam majlis ini adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK iaitu Dato' Bing Selamat Amir, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, dan En. Zulhairy Jalaluddin. Turut bersama, YBhg. Datin Hartini Osman selaku Pengerusi Sambutan 30 Tahun YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil outlet, rakan YBK dan rakan media.

Dato' Pengerusi juga berbesar hati menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo 30 Tahun YBK. Logo ciptaan En. Audi Faliq Ibrahim telah dipilih sebagai juara manakala En. Wong Kam Loon telah hadir menerima sebagai pemenang saguhati.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;