KUALA LUMPUR, 13 Januari 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berkunjung ke Memorable Malaysia yang terletak di Kampung Attap, Kuala Lumpur. Memorable Malaysia mengetengahkan konsep perniagaan pemasaran produk Asnaf, Homemade dan IKS 100% Muslim.

Kehadiran YBK telah disambut oleh pemiliknya, YBhg Dato' Seri Nadir Yusoff. Tujuan kunjungan ini antara lain adalah untuk meninjau peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan di masa akan datang.

Pengerusi YBK, YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom telah diiringi oleh YBhg. Datin Dr. Hjh Hartini Osman, YBhg Dato’ Haji Selamat bin Amir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), YBhg. Encik Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;