SHAH ALAM, 17 Disember 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor. Objektif kunjungan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan strategik yang sedia terjalin di samping mengenal pasti potensi kerjasama yang boleh dikembangkan di antara kedua-dua organisasi.

Delegasi YBK diketuai oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan turut serta, Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar), En. Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus Pendidikan, Inovasi & Modal Insan), Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) dan Pn. Farahin Iszreen Ismail (Pengetua ASKA Gesir).

Ketibaan YBK disambut oleh Tn. Mohammad Hanafi Hj. Maulud (Pengarah JKM Selangor) dan beliau sendiri telah memberikan taklimat berkenaan operasi dan program JKM Selangor. Sesi perbincangan berlangsung hampir 2 jam dengan pelbagai maklumat dan perkongsian ilmu dalam suasana yang santai dan mesra.

Usai perbincangan, JKM Selangor dan YBK mencapai kesepakatan untuk bekerjasama dengan lebih mendalam terutamanya berkenaan perkongsian data dan program yang melibatkan golongan sasar yang sama.

BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย 03 7875 0036
FAKS :ย 03 7875 0719
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;