KELANA JAYA, 4 Disember 2019 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjungan daripada Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B - Official Gerakan Belia 4B Malaysia). Delegasi diketuai oleh Tuan Mohd Nizam Omar, Presiden GB4B.

Pengerusi YBK, YBhg Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa menyertai sesi perbincangan yang diadakan secara santai. Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Perbincangan bertumpu kepada kerjasama yang boleh dilaksanakan antara YBK dan GB4B di samping isu-isu semasa.

Dato' Pengerusi YBK sangat mengalu-alukan kerjasama antara GB4B dan berharap ia dapat direalisasikan demi manfaat bersama, terutamanya program-program yang melibatkan belia di samping mensejahterakan rakyat.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;