SEPANG, 7 November 2019 - Penyerahan set cermin mata kepada pelajar asnaf yang terpilih untuk program YBK Eye peringkat daerah Sepang telah dilaksanakan pada pagi ini. Penghantaran telah dibuat kepada tujuh (7) sekolah yang terlibat iaitu SK Taman Pantai Sepang Putra, SK Sg Pelek, SK Methodist, SK Sg Rawang, SMK Sg Pelek, SMK Taman Pantai Sepang Putra dan SMK Sg Rawang.

Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurusan Besar YBK) telah turun bersama membuat penyerahan di empat (4) buah sekolah. Penyeraha di sekolah yang lain dibuat oleh pegawai YBK dan diterima oleh Guru Besar/Pengetua atau wakil. Program YBK Eye untuk tahun 2019 telah menyaksikan empat daerah (Klang, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang) serta lebih 500 orang pelajar asnaf mendapat manfaat cermin mata baru percuma.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;