SHAH ALAM, 19 Julai 2019 - Pembentangan Hala Tuju YBK Ke Hadapan oleh Dato' Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YBK telah berlangsung di Kelab Shah Alam hari ini. Pembentangan ini adalah merupakan siri yang ke-2 dan kesinambungan daripada pembentangan sulung oleh En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK) pada 24 Mei yang lepas.

Sesi bermula pada jam 9:30 pagi dan berlangsung selama 3 jam. Kehadiran adalah daripada para pegawai Ibu Pejabat YBK termasuklah En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK; Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah); Pn. Farahin (Pengetua ASKA Gesir); En. Zulkifli Zali (Pusat Latihan YBK); dan Pn. Norleza Hambali (Akademi Kemahiran YBK). Turut bersama, En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK).

Perbentangan dilaksanakan secara santai dan Dato' Bing telah membentangkan cadangan perancangan 5 tahun YBK menurut perspektif beliau. Para pegawai yang hadir juga telah memberikan beberapa input dan komen untuk pertimbangan.

Siri Pembentangan Hala Tuju ini akan diteruskan untuk siri ke-3 melibatkan 'minda muda' yang akan dilaksanakan kelak. Kesemua idea dan input dari siri pertama hingga ke-3 akan dihimpun dan dibentangkan kepada pengurusan dan Lembaga.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;