ARA DAMANSARA, 27 Jun 2019Pagi ini telah berlangsung perkongsian pengalaman dan sesi motivasi oleh Penerima Asia HRD Awards 2016, Puan Jamilah Abdul Sallam.

Beliau adalah seorang pengamal HR dengan lebih 30 tahun pengalaman bekerja dengan beberapa institusi kewangan di Malaysia. Beliau memperkenal dan melaksanakan beberapa strategi dan dasar yang direka untuk merasionalkan kos tenaga manusia, menaikkan produktiviti, dan meningkatkan prestasi pekerja melalui Pembangunan Pengurusan Prestasi. Antara program yang dilaksanakan dibawah kepimpinan beliau termasuk, pelarasan modal insan, pengurusan bakat dan perancangan penggantian, penjenamaan majikan, penglibatan kakitangan dan pembangunan modal insan berstruktur.

Perkongsian hari ini lebih berorientasikan memberi semangat kepada semua kakitangan pengurusan Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan juga Yayasan Basmi Kemiskinan dalam usaha mengekalkan tahap pencapaian yang sedia ada juga mencipta kejayaan-kejayaan baru dengan gerak kerja dan semangat yang baru.

Turut bersama-sama di majlis tersebut, YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg Dato’ Haji Bing Selamat Amir (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), YBhg Datin Hajah Hartini Osman (Group CEO PEHSB) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;