KELANA JAYA, 17 April 2019 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz hari ini telah mengadakan kunjung hormat kepada Tuan Azmi Misron, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Utama di pejabat beliau di Kelana Jaya.

Beliau diiringi oleh En. Audi Faliq Ibrahim, Timbalan Pengurus Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Modal Insan dan En. Muhd Afiq Mohd Azman, Penolong Pengurus Media & Arkib YBK.

Di pihak PPD, En. Azmi Murad Abu Yaman (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid) dan En. Meor Kamarul Hazri Sohami (Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid) telah menyertai sesi perbincangan.

Perbincangan selama satu jam secara santai bertumpu kepada eksplorasi kerjasama yang boleh dilaksanakan antara PPD dan YBK. Pihak PPD mengalu-alukan pelawaan YBK untuk bekerjasama dan mengajak YBK untuk turut serta dalam program PPD/sekolah bertemu masyarakat seperti Ziarah Cakna.

Beberapa program YBK seperti YBK Eye, Asrama Kasih YBK, Motivasi Semangat Mendaki, Sinar Kasih Ramadhan, Mobile School Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare dan pelbagai lagi telah dikenal pasti sebagai prospek kerjasama.

Perbincangan lanjut di peringkat pegawai akan dilaksanakan antara kedua-dua pihak bagi urusan aturgerak.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;