KLIA 2 (SEPANG), 13 April 2019Pagi ini YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Hj Sakom dan YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, melepaskan keberangkatan rombongan Jemaah Program Khairat Umrah : Destinasi Rohani YBK 2019. Program yang masuk tahun ke-6 penganjurannya, telah memilih khidmat Tiram Travel Sdn Bhd bagi menguruskan semua Jemaah sepanjang berada di Tanah Suci Mekah.

Pada tahun ini, seramai 12 orang yang terdiri daripada pengurus jenazah, siak masjid, penggali kubur, serta aktivis masyarakat yang menyantuni kerja-kerja amal di tempat masing-masing telah terpilih bagi menunaikan ibadah umrah. 2 orang kakitangan Yayasan Basmi Kemiskinan yang telah lebih sedekad berkhidmat dengan YBK juga bersama-sama dalam rombongan tersebut.

Imam Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, Al Fadhil Ustaz Muhammad Syukri Ismail diberi penghormatan membacakan doa sebelum rombongan mendengar taklimat yang dikelolakan oleh Mutawif dari Tiram Travel Sdn Bhd iaitu, Tuan Haji Abdul Mutaliff bin Harun. Turut hadir, Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK.

Pencarian peserta program Khairat Umrah : Destinasi Rohani telah dimulakan seawal Oktober 2018. Terima kasih kepada ‘Rakan Strategik YBK’ yang telah memberi komitmen terbaik dalam mencadangkan individu yang sesuai sebagai peserta pogram Khairat Umrah pada tahun ini. Sekalung penghargaan buat Pengurusan Pusat Latihan YBK yang diketuai oleh Encik Zulkifli Zali dan Puan Radziah Hj Ahmad dari Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling, Tuan Haji Haris Abdol dan Hjh Rahimah Ahmad yang turut sama-sama dimajlis tersebut.

YBK mendoakan agar, semua Jemaah diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan ibadah umrah dengan sebaik mungkin serta mendapat umrah yang mabrur.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;