SERENDAH, 30 Mac 2019 - Program YBK Eye telah berlangsung hari ini di Asrama Kasih (ASKA) Yayasan Basmi Kemiskinan. Ini merupakan siri ke-2 dan daerah Hulu Selangor telah dipilih selepas daerah Klang. Program ini mensasarkan 100 orang pelajar asnaf yang akan menerima cermin mata percuma. Fakulti Sains Kesihatan UKM telah berkolaborasi bersama YBK untuk program hari ini.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan. Turut hadir, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi ASKA Serendah), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Mutalib (Fakulti Sains Kesihatan, UKM), dan Encik Zainuarin Jaafar (YdP PIBG SMK Serendah).

Pemeriksaan mata telah dilaksanakan oleh para pelajar dan penyelia daripada Fakulti Sains Kesihatan UKM manakala pendaftaran dan kehadiran diuruskan oleh pegawai YBK dan ASKA. Para pelajar asnaf yang mendaftar akan melalui pemeriksaan mata dan ditentukan tahap kesihatan mata masing-masing.

YBK Eye adalah salah satu daripada 15 program YBK dan dirancang untuk dilaksanakan di setiap daerah dalam negeri Selangor melalui kerjasama bersama agensi dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;