BT. 10 (CHERAS), 20 Februari 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan yang diketuai oleh Pengurus Besar En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan pegawai telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melaka dan NGO Kampung Melaka, Mukim Cheras.

Perjumpaan secara sembang santai ini lebih kepada perkongsian berkenaan program dan aktiviti YBK yang boleh dilaksanakan secara kerjasama bersama MPKK dan NGO Kampung Melaka. Pengerusi, Setiausaha dan AJK MPKK Kampung Melaka telah hadir pada malam tersebut.

YBK akan terus aktif meneroka ruang kerjasama dengan MPKK, NGO dan mana-mana organisasi demi manfaat masyarakat dan selari dengan motto 'Membasmi Kemiskinan Tanggungjawab Bersama'.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;