SG BULOH, 8 Januari 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pasaraya Ikhwan Sungai Buloh. Lawatan yang diketuai oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) turut disertai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar), Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar) dan Pengurusan YBK.

Ketibaan delegasi YBK telah disambut oleh Encik Mohd Khushairi bin Osman (Pengurus Perhubungan Korporat) mewakili pengurusan tertinggi Global Ikhwan Holdings Sdn. Bhd. (GISB). Hadir bersama, Encik Muhammad bin Hassan (Pengurus Pasaraya Ikhwan), Encik Muhammad Syahid bin Chek Khairil Anwar (Pengurus Pembelian) serta barisan Pengurusan Pasaraya Ikhwan Sungai Buloh.

Objektif lawatan kerja ini adalah untuk mempelajari dan menimba pengalaman menguruskan sebuah hab pasaran barangan keluaran usahawan Muslim di samping meneroka peluang kerjasama di antara YBK dan Pasaraya Ikhwan di masa akan datang.

Pasaraya Ikhwan Sungai Buloh yang baru beroperasi pada November 2018 mencetuskan satu revolusi baru di mana sebuah pasaraya yang dibangunkan oleh Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd berjaya menghimpunkan barangan keluaran GISB dan usahawan Muslim yang dijamin kesuciannya serta halal dalam satu bumbung. Meletakkan konsep kesucian hati sebagai teras utama dalam pengurusan pasaraya, pihak GISB tidak menjangka sambutan yang luar biasa diberikan oleh masyarakat umum dan ini telah membangkitkan semangat pengurusan GISB untuk mengembangkan lagi pasaraya seumpamanya di lokasi-lokasi utama seluruh Malaysia.

YBK dan GISB secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi meneroka inisiatif khususnya dalam sektor keusahawan, peruncitan komersial dan pengeluaran produk halal untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;