SERENDAH, 14 Disember 2018YBK hari ini mengunjungi keluarga Encik Mohd Ashraf Gopi Abdullah dan Puan Rosnah Pinning beserta 5 orang anak mereka di Kg Orang Asli Serendah. Kisah keluarga ini telah diceritakan oleh akhbar Sinar Harian dan telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk YBK sendiri.

Kunjungan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut disertai oleh Tuan Haji Bahari bin Tajuddin, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Serendah merangkap Pengerusi PERKIM Hulu Selangor. Penempatan ‘pondok’ sementara yang dibina sejak 2 minggu yang lalu telah dipindahkan ke rumah bersebelahan surau Kg Orang Asli Serendah.

Hasil daripada siasatan dan rumusan yang dibuat, YBK bersetuju untuk menawarkan pembiayaan pendidikan percuma di Asrama Kasih YBK Serendah dan Asrama Kasih YBK Gesir kepada anak-anak Encik Ashraf. YBK turut memberikan sedikit sumbangan barang keperluan harian kepada keluarga ini yang disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar. YBK yakin melalui pendidikan akan membantu keluarga ini keluar daripada kemelut kemiskinan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;