SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 11 buah keluarga di kawasan Bukit Lanchong, Taman Alam Megah dan Shahbandaraya (Klang) telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Penyerahan sumbangan di kawasan ini dilaksanakan oleh Rozana Idris dan Nasrul Ali Hasan. Keluarga yang menerima adalah;

BUKIT LANCHONG, 16 Mei 2018 -  En. Sufian bin Mohd Jani seorang pengawal keselamatan pada sebelah malam di sebuah binaan berhampiran kediaman beliau dengan pendapatan sebulan RM1500.00 dan mengambil upah kerja kampung serta menukang di kawasan setempat. Isteri beliau telah meninggalkannya dan 7 orang anak selama setahun. Beliau membesarkan anak-anaknya sendirian dibantu oleh anaknya yang sulung seketika ketiadaan beliau di rumah. Anak-anak beliau berumur di antara 5 hingga 17 tahun dimana kesemua anak-anak in masih bersekolah. Beliau kini tinggal di kediaman ikhsan orang tuanya tanpa perlu membayar sewa. Keluarga ini boleh dihubungi di nombor 014-7150447. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshami Mat Rasid telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hasan (YBK). [RI-SGR-001]

BUKIT LANCHONG, 16 Mei 2018 - En. Ahmad Kamal bin Adnan seorang Tukang Rumah dan membuat kerja sambilan membaiki mesin basuh dan peti ais orang setempat di kediamannya dengan pendapatan sebanyak RM 700.00 sahaja bagi menyara 6 orang anak beliau yang masih lagi bersekolah di antara umur 14 sehingga 18 tahun. Anak ketiga beliau mempunyai penyakit kulit atau Eczema di mana memerlukan kos penjagaan yang lebih. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa.  Keluarga ini tidak mendapat mana-mana bantuan kecuali bantuan zakat baju sekolah daripada pusat zakat. Keluarga ini boleh dihubungi : 011-39674927. Sumbangan SKR 2018 oleh En Roshami Mat Rasid telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hasan (YBK). [RI-SGR-002]

TAMAN ALAM MEGAH, 15 Mei 2018 - Pn. Intan Rohana binti Ali ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak perempuan kesemuanya berumur diantara 15 tahun hingga 21 tahun. Beliau telah 11 tahun menyewa dengan sewaan sebanyak RM550.00 dan akan naik selepas raya sebanyak RM700.00 tanpa sebab yang kukuh oleh pemilik rumah. Terkesan daripada kes penceraian beliau sejak 15 tahun yang lalu beliau terpaksa membesakan anak-anaknya dengan pendapatan melalui hasil dari meniaga nasi tomato di hadapan rumah sewanya serta bantuan daripada pusat zakat sebanyak RM150.00 dan makanan asas. Beliau berusaha keras memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna dan sanggup berkerja lebih masa bagi memastikan kelengkapan persekolahan anak-anaknya mencukupi. 3 orang daripada anaknya masih bersekolah dan salah seorang merupakan pelajar tingkatan 6 manakala seorang lagi baharu tamat di tingkatan 6 dan kini membantu ibunya berniaga. Beliau mengehadkan duit belanja sekolah anak-anaknya  RM2 seorang untuk sehari daripada hasil perniagaan sekitar RM900 sebulan bagi mendidik rasa syukur dan bersederhana dalam berbelanja. Oleh kerana pendapatan yang tidak menentu, beliau tidak mampu untuk mendapatkan van sekolah bagi anak-anaknya. Beliau setiap pagi akan menghantar anaknya ke sekolah yang berjarak hampir 8.4 kilometer secara bergilir-gilir menggunakan motosikal. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-3818465. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshami Mat Rasid telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hassan (YBK). [RI-SGR-003]

BUKIT LANCONG, 16 Mei 2018 - En. Abdul Nazmihar bin Abdul Rahim seorang pembantu stor Kedai Alat Telekomunikasi dengan pendapatan sebulan sebanyak RM1600. Isteri beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mempunyai 6 orang anak yang berumur di antara 1 tahun sehingga 17 tahun tidak mendapat mana-mana bantuan kecuali bantuan zakat untuk baju sekolah sahaja. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-3818465. Sumbangan SKR 2018 Puan Aishah Osman telah disamapaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RI-SGR-004]

BUKIT LANCHONG, 21 Mei 2018 - Pn. Aniah binti Mahamat, seorang ibu tunggal dan balu yang kematian suaminya akibat sakit jantung. Beliau yang tidak mempunyai pendapatan tetap hanya bergantung harap pendapatan bulanan daripada duit SOCSO arwah suaminya. Pn. Aniah kini menetap di rumah pusaka peninggalan arwah ayah beliau dan rumah tersebut terpaksa di bahagi kepada 2 bahagian bersama abang beliau yang turut berkongsi kediaman yang sama. Keadaan rumah beliau yang serba kekurangan menyebabkan beliau terpaksa menghantar anak-anaknya ke rumah anak-anak yatim disekitar Selangor bagi memastikan anak-anaknya memperoleh pelajaran dan makanan yang mencukupi. Pn. Aniah juga mempunyai seorang anak yang kelainan upaya iaitu anak bongsu beliau yang berusia 5 tahun. Anaknya itu mengalami masalah saraf yang menyukarkan anak beliau untuk berjalan seperti orang yang normal. Walaupun begitu, anaknya kadangkala menjadi hiperaktif dan berkemungkinan untuk membahayakan dirinya sendiri sekiranya tiada penjagaan khas dan pemantauan secara berterusan walaupun fizikalnya seperti bayi. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-2524454. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Rozana Idris. [RI-SGR-005]

KG BUKIT NAGA, 15 Mei 2018 - Pn. Azipah binti Ahmad seorang ibu tunggal yang baru kematian suaminya pada 14 Januari 2018 yang lalu disebabkan kepelbagaian penyakit yg dialaminya. Pn. Azipah mempunyai 4 orang anak diantara 9 Tahun sehingga 19 tahun, kesemua anak-anak beliau masih lagi bersekolah. Punca pendapatan keluarga ini adalah dari menjaga budak dengan purata pendapatan sebulan RM 420.00. Setakat ini beliau tidak pernah mendapat mana-mana bantuan. Kediaman yang didiami berstatus sewa dengan bayaran RM420 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di nombor : 019-6051928. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hasan (YBK). [RI-SGR-007]

SHAHBANDARAYA, 21 Mei 2018 - En. Kamarulzaman bin Talib seorang Operator Pengeluaran di Proton Holdings Bhd, Shah Alam mempunyai 8 orang anak berumur dari 11 tahun sehingga 21 tahun. Kesemua anak-anak beliau masih lagi belajar dan dua daripadanya dimasukkan ke sekolah sukan berasrama. Isteri beliau merupakan seorang suri rumah dan pada masa yang sama isteri beliau menjaga ayahnya yang uzur selepas kematian ibu setahun yang lalu. Keluarga ini tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Keluarga ini boleh di hubungi di talian 012-9260438. Sumbangan SKR 2018 oleh ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hassan (YBK). [RI-SGR-009]

KLANG, 15 Mei 2018 - En. Kamarudin bin Zenal seorang pemandu lori dengan pendapatan sebulan RM1500.00. Beliau tinggal bersama seorang isteri, 5 orang anak dan juga ibu beliau yang sedang uzur berumur 93 tahun. Isteri beliau menghidap penyakit buah pinggang perlu menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu dengan kos rawatan sebanyak RM250.00 setiap sesi rawatan. Kelima-lima orang anak beliau yang berumur di antara 10 tahun hingga 24 tahun masih belajar. Kediaman yang En. Kamarudin sekeluarga tinggal adalah merupakan rumah sewa yang telah didiami selama 11 tahun dengan bayaran sewaan sebanyak RM350.00 dan bakal dinaikan harga selepas Hari Raya nanti oleh pemiliknya. Keluarga ini boleh dihubungi di nombor 012-3016533. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hasan (YBK). [RI-SGR-010]

KLANG, 15 Mei 2018 - Pn. Syarifah Intan Diana seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak yang berumur di antara 2 tahun hingga 17 tahun. Sebanyak tiga buah keluarga yang tinggal di bawah satu bumbung itu mendapat bantuan bagi membayar sewaan daripada pusat zakat iaitu sebanyak RM450.Selain ibunya yang uzur tinggal bersama, sepasang suami isteri yang merupakan adik kepada ibunya yang juga uzur turut tinggal bersama. Sumber pendapatan Pn. Syarifah adalah dari jualan nasi bajet yang dibuat dan dihantar kepada penempah dengan purata pendapatan RM900.00 sebulan manakala ibunya mengajar mengaji dirumah dengan purata pendapatan bulanan di antara RM200.00 sebulan bagi menampung kos sara hidup, kos penjagaan kesihatan dan kos pendidikan anak-anaknya. Tiada bantuan lain yang diterima oleh Pn. Syarifah daripada mana-mana jabatan dan agensi selain bantuan sewaan tersebut. Keluarga ini boleh dihubungi di nombor 018-3238759. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RI-SGR-011]

BUKIT LANCHONG, 21 Mei 2018 - En. Mahat bin Arsad seorang pengawal keselamatan projek pembinaan di UiTM Shah Alam kini menanggung 6 orang anak yang masih bersekolah dan seorang isteri. Isteri beliau yang mengalami penyakit kencing manis itu telah menghadkan isteri beliau untuk melakukan kerja-kerja yang berat di rumah. 2 daripada anaknya yang bersekolah mengalami masalah pembelajaran iaitu masalah slow learner. En Mahat bin Arsad bekerja keras seorang diri pada waktu ini sementara menunggu anaknya yang sulung memperoleh pekerjaan bagi membantu beliau menampung perbelanjaan sewaan rumah (RM400.00 sebulan), barang dapur dan perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Anak-anak En Mahat bin Arsad mendapat bantuan zakat untuk membayar separuh daripada perbelanjaan bas sekolah setiap seorang anaknya iaitu sebanyak RM 40.00 sebulan. Keluarga ini boleh di hubungi di talian 017-3781942. Sumbangan SKR 2018 oleh YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Nasrul Ali Hassan (YBK). [RI-SGR-014]

BUKIT LANCHONG, 16 Mei 2018 - En. Ramli bin Askari seorang pemandu kenderaan di sebuah syarikat setempat dengan pendapatan sebulan RM1800.00. Beliau dan keluarga menumpang di rumah milik syarikat kepunyaan majikannya tanpa dikenakan sewaan bulanan secara bersyarat iaitu harus menjaga beberapa aset-aset kepunyaan majikannya di tanah tersebut. En. Ramli merupakan seorang ketua keluarga kepada seorang isteri dan 8 orang anak dimana kesemuanya masih lagi belajar disekitar umur 6 tahun sehingga 19 tahun. Oleh kerana jarak untuk ke sekolah melebihi 10km, anak-anaknya terpaksa menaiki kenderaan awam untuk ke sekolah kecuali yang masih bersekolah rendah yang mana isterinya sendiri akan menghantar secara bergilir-gilir ke sekolah. Isteri beliau mempunyai pendapatan sebanyak RM 100.00 hasil daripada anak jagaan yang menumpang dirumah beliau. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010-8632889. Sumbangan SKR 2018 oleh En. Roshaimi Mat Rasid telah disampaikan oleh Rozana Idris (YBK). [RI-SGR-015]

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;