SINAR KASIH RAMADHAN 2018 - Seramai 24 buah keluarga di kawasan Kuala Selangor, Sekinchan, Tanjong Karang dan Tanjung Malim telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2018 untuk tahun ini. Penyerahan sumbangan untuk kawasan-kawasan ini telah dilaksanakan oleh staf Pusat Latihan YBK Kuala Selangor yang diketuai oleh En. Zulkifli Zali dan Akademi Kemahiran YBK Gesir yang diketuai oleh En. Romdani Shariff. Keluarga yang menerima adalah;

SG TENGI, 24 Mei 2018 - Pn.Noraziah binti  Kamaruddin, seorang ibu tunggal tinggal bersama 4 orang anak yang masih belajar di rumah bantuan Lembaga Zakat Selangor. Anak beliau yang sulung berusia 19 tahun manakala yang bongsu berumur 11 tahun. Pn.Noraziah tidak dapat bekerja kerana baru selesai menjalani pembedahan fibroid. Bagi menampung perbelanjaan keluarga, LZS memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 beserta bahan mentah. Beliau boleh dihubungi di talian 013-4925697. [AK-SGR-003]

BANTING, 24 Mei 2018 - En. Reimei bin Ahmad merupakan seorang bapa tunggal yang membesarkan 7 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Anak-anak beliau berusia dari 5 tahun hingga 20 tahun di mana anak sulungnya sedang belajar di UITM. Beliau tinggal di rumah pusaka keluarganya bersama ibunya yang berumur 67 tahun. En. Reimey mengambil upah kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Beliau tidak dapat bekerja jauh dari kampung kerana tiada siapa yang dapat menguruskan anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Lembaga Zakat Selangor memberi bantuan persekolahan untuk anak-anak beliau. Sumbangan SKR 2018 diserahkan kepada anak ke 2 beliau, Ainulyakin bin Reimey. En. Reimey boleh dihubungi di talian 018-2770704. [AK-SGR-004]

KALUMPANG, 25 Mei 2018 - En. Riduan Ahmad mempunyai 4 orang anak di mana 2 orang anak beliau masih bersekolah. Isteri beliau suri rumah dan ada membuat kuih sejuk beku untuk menampung mereka sekeluarga. Anak beliau Mohamad 4 tahun mengidap sakit jantung dimana kos tawaran untuknya tidak mampu ditanggung oleh En. Riduan yang hanya bekerja kilang. Dijangkakan Muhammad akan menjalani pembedahan buat kali ketiga pada bulan October ini. Bantuan LZS sebanyak RM 300.00, Susu Dan lampin pakai buang dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga ini. Sumbangan SKR diserahkan kepada isteri beliau Hasni bt Azmi. Keluarga ini dapat dihubungi di talian 012-5696803. Sumbangan SKR 2018 oleh En Syed Omar Syed Ahmad telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [AK-SGR-005]

SEKINCHAN, 22 Mei 2018 - Pn. Siti Aslinda binti Kamal seorang ibu tunggal yang tidak bekerja kerana terpaksa menguruskan anak-anak beliau seramai 6 orang yang berumur di antara 7 hingga 16 tahun. Beliau mendapat bantuan LZS sebanyak RM500 sebulan di samping bahan mentah untuk sara diri beliau dan keluarganya. Rumah pusaka peninggalan arwah suami menjadi tempat berteduh keluarga ini. Beliau boleh dihubungi di talian 011-23874546. Sumbangan SKR 2018 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [PL-SGR-002]

SEKINCHAN, 22 Mei 2018 - Pn.Siti Zunainah binti Sarsim seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap dengan hanya mengambil upah membuat kuih semasa musim perayaan. Anak beliau yang telah berkahwin telah membantu sedikit untuk makan minum mereka sekeluarga. Pn. Siti mempunyai 4 orang anak lagi yang masih bersekolah berumur di antara 9 hingga 16 tahun. Bagi membiayai persekolahan anak-anak beliau dibantu oleh pihak Lembaga Zakat Selangor. Pn. Siti boleh dihubungi melalui talian 011-11184714. Sumbangan SKR 2018 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [PL-SGR-003]

SEKINCHAN, 22 Mei 2018 - Pn. Noraziah binti Mohamad bekerja mengambil upah memetik sayur untuk menyara 4 orang anak beliau yang masih belajar di Politeknik dan sekolah menengah. Anak-anak beliau berumur di antara 14 hingga 19 tahun. Pihak Lembaga Zakat memberi bantuan untuk persekolahan anak-anaknya. Sebelum ini, beliau mengusahakan kebun kelapa sawit seluas 2 ekar milik arwah suaminya. Akan tetapi, setelah beliau tidak berapa sihat, kerja-kerja tersebut diupah kepada orang lain. Pn. Noraziah boleh dihubungi di talian 013-3901406. Sumbangan SKR 2018 oleh Hikmah Cantik Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Sharif (AKYBK). [PL-SGR-005]

SEKINCHAN, 22 Mei 2018 - Pn. Jaesah binti Dimen seorang ibu tunggal yang menyara 4 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah berumur di antara 12 ke 20 tahun. Beliau tinggal di rumah bantuan LZS dan turut mendapat bantuan LZS untuk persekolahan anak-anaknya. Beliau mengusahakan tanah dengan tanaman keladi dan jagung bagi menampung kehidupannya sekeluarga.Beliau juga membuat kerepek dan kuih sejuk beku bagi mendapatkan pendapatan tambahan. Pelanggan-pelanggan beliau akan datang ke rumah untuk membeli kerepek dan kuih sejuk beku. Pn Jaesah boleh dihubungi di talian 0147395291. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [PL-SGR-006]

SEKINCHAN, 22 Mei 2018 En.Aris bin Hamzah telah 10 tahun lumpuh sebelah badan akibat strok dan mempunyai ketumbuhan dalam otak. Isterinya, Pn. Noraini Abd Majid buta kedua matanya sejak 8 tahun lalu akibat kerosakan kornea mata. 2 orang anak beliau yang berumur 14 dan 18 tahun masih lagi bersekolah. Beliau dan isteri tidak dapat bekerja dan hanya mengharap bantuan daripada JKM dan LZS sebanyak RM500 sebulan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun bantuan tersebut tidak mencukupi, beliau terpaksa berjimat cermat untuk memastikan keluarga beliau dapat menyara hidup.Beliau tinggal di rumah sumbangan daripada LZS. En. Aris boleh dihubungi di talian 0122503955. [PL-SGR-007]

TANJONG KARANG, 22 Mei 2018 - En.Muhamad Zulfikar bin Hashim mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah kematian ayah dan ibunya. 5 orang adik beliau masih lagi bersekolah dan seorang abang beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU). Isteri beliau merupakan surirumahtangga sepenuh masa. Beliau bekerja sebagai pendawai elektrik dengan mengambil upah di kawasan sekitar dan luar daerah bagi menampung keluarga. En.Muhamad Zulfikar tinggal di rumah pusaka dan mendapat bantuan LZS untuk petsekolahan adik-adik beliau. Beliau boleh dihubungi di talian 011-36144365. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [PL-SGR-008]

SEKINCHAN, 23 Mei 2018 - Pn.Hasimah binti Paiman menyara 4 orang anak yang masih bersekolah. Salah seorang anak beliau bernama Siti Norhanatul Afzan, 14 tahun kini mengidap penyakit leukemia. Setiap bulan, beliau perlu menghantar anaknya ke PPUM untuk pemeriksaan darah dan kemoterapi dengan kos lebih kurang RM 1000. Pihak hospital membantu beliau mengutip dana bagi membiayai kos perubatan anaknya itu. Beliau tinggal di rumah bantuan Lembaga Zakat Selangor dan pihak LZS juga memberi bantuan bulanan sebanyak RM350 dan bahan mentah untuk keperluan beliau. 2 orang lagi anak beliau telah bekerja bagi membantu makan minum keluarga ini. Pn.Hasimah boleh dihubungi di talian 017-3031464. Sumbangan SKR 2018 oleh Hikmah Cantik Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [PL-SGR-010]

TANJONG KARANG, 22 Mei 2018 - En.Muhamad Zahar pengidap sakit jantung menyebabkan beliau hilang punca pendapatan sebagai pemandu lori. Pada masa ini, isteri beliau Pn.Norazila binti Abd Aziz mengambilalih peranan sebagai ketua keluarga bagi menyara 3 orang anak dan 4 orang anak saudaranya di mana salah seorang anak saudara tersebut adalah OKU. Kesemua tanggungan beliau yang berumur di antara 11 hingga 20 tahun masih lagi bersekolah. Pn.Norazila membuat kerepek dan kuih sepit sebagai punca pendapatan keluarga. Pn. Norazila  mempunyai masalah mata yang menyebabkan kadangkala penglihatannya menjadi kabur. Beliau tinggal di rumah sendiri yang dibina semasa suaminya masih sihat. Pn.Norazila boleh dihubungi di talian 0176274244. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK). [PL-SGR-010]

TANJONG KARANG, 22 Mei 2018 - En. Rosli Misnan hanya bekerja dengan mengambil upah kerja-kerja kampung. Ada ketikanya tiada kerja yang menyebabkan beliau putus pendapatan. Isteri beliau Pn. Norazura binti Suwito mengambil upah memetik sayur bagi membantu pendapatan suami. Anak beliau seramai 3 orang berumur di antara 7 hingga 15 tahun dan semuanya masih bersekolah. Bagi membantu persekolahan anak-anak, beliau mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor. Beliau sekeluarga tinggal di rumah pusaka peninggalan ayah Pn. Norazura. En. Rosli boleh dihubungi menerusi nombor 0196373531. Sumbangan SKR 2018 diserahkan kepada isteri beliau. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Romdani Shariff (AKYBK) [PL-SGR-019]

KUALA SELANGOR, 24 Mei 2018 - Pn. Mahani Ahmad seorang ibu tunggal yang kematian suami pada awal Ramadhan 2017, mempunyai 4 orang anak. Anak sulung beliau sedang mengikuti pengajian di Columbia Universiti of Chicago di tahun akhir, anak kedua sedang mengikuti pengajian tahun akhir di Kolej Uni. Poly-Tech Mara Kuala Lumpur. 2 orang lagi anak beliau salah seorang baru menamatkan persekolahan tingkatan 5 dan seorang lagi baru memulakan persekolahan di pra-sekolah. Pn. Mahani tidak mempunyai pekerjaan tetap hanya mengambil upah sebagai pengasuh kanak-kanak yang berpendapatan dalam RM350 dan juga bantuan bulanan PERKESO arwah suami beliau. Mereka sekeluarga tinggal di Taman Penggawa, Kuala Selangor dengan kadar sewa bulanan RM400 sebulan yang dibayar oleh Zakat. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-6157736. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-021]

KUALA SELANGOR, 24 Mei 2018 - Jamaluddin Zakaria dan Mahani Shamsuddin Bekerja sebagai seorang pencari daun nipah (untuk dibuat atap) dan kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM600. Jamaluddin membesarkan anak-anak seramai 3 orang. Isteri beliau Pn Mahani tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Beliau sekeluarga kini tinggal menyewa di rumah murah PKNS Kg Kuantan Kuala Selangor dengan kadar sewa bulanan RM200. Beliau membesarkan seorang anak yang masih bersekolah, dan seorang anak yang baru lepasan SPM yang masih tidak bekerja. Manakala anak sulung beliau yang juga merupakan Bekas Pelatih di PLYBK Kuala Selangor mengikuti latihan dalam bidang Pemasangan Air-cond kini baru mendapat pekerjaan sebagai pendawai elektrik. Keluarga tidak mempunyai kenderaan bermotor, hanya memiliki basikal sebagai pengangkutan untuk melakukan pekerjaan harian. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-3364058. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-022]

TANJONG KARANG, 23 Mei 2018 - En. Mohd Azri tinggal bersama isteri dan 4 orang anak tinggal menyewa di Batu 10, Jalan Bernam. Dulu beliau bekerja sebagai pemandu lori. Selepas berlaku kemalangan pada 2015,kaki beliau terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman kesan dari pemasangan implan di bahagian kaki dan terpaksa berkerusi roda. Kini beliau hanya mengaharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 350  sebulan dan bantuan perubatan serta sewa rumah dari zakat. 3 orang anaknya masih bersekolah dan seorang telah bekerja. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-6758005 / 014-2298556. [PL-SGR-023]

TANJONG KARANG, 23 Mei 2018 - Pn Amnah Binti Jamian seorang ibu tunggal dan mempunyai 6 orang anak yang bersekolah dan 2 orang anak yang telah berkahwin. Beliau tinggal menyewa di Sg Sireh, Tanjung Karang dan sewaan dibayar oleh Pihak Zakat. Beliau bekerja sebagai Cleaner disekolah secara sambilan dan pendapatan beliau tidak tetap. Beliau menerima rawatan secara berkala dalam tempoh 6 bulan sekali di Hospital. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-6073494. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-024]

TANJONG KARANG, 23 Mei 2018 – Pn. Raja Putri Saerah Binti Raja Yahya seorang ibu tunggal dan mempunyai 6 orang anak yang bersekolah dan seorang anak yang telah bekerja. Beliau bekerja sebagai Penjahit Baju di Kilang Baju secara sambilan dan berpendapatan tidak tetap beliau juga penerima zakat RM500 sebulan sebagai perbelanjaan bulanan termasuk bayaran sewaan rumah di Sg Kajang, Tanjung Karang. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-31772280. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-025]

TANJONG KARANG, 23 Mei 2018 - En. Mohd Nor dan isteri Pn. Yong binti Mohd Nazri tinggal bersama dengan 4 orang anak  di rumah bantuan LZS Batu 7, Jalan Bagan. 2 orang anak beliau masih bersekolah, seorang mengikuti latihan kemahiran di Giat Mara dan seorang lagi tidak bekerja. Beliau merupakan seorang nelayan yang sebelum ini sering ke laut dan sungai dengan bot miliknya sendiri. Tetapi selepas enjin botnya mengalami kerosakan beliau terpaksa bekerja dengan nelayan lain demi kelangsungan hidup. Isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa dan kini mengandung anak yang kelima. Pendapatan purata sebulan keluarga ini sebanyak RM600. Beliau amat mengharapkan bantuan enjin bot dari pihak yang sudi membantu kerana sudah setahun mengalami kerosakan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-28342819. Sumbangan SKR 2018 oleh YBhg Dato Seri Mahamad Fathil Dato Mahmood telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-027]

SEKINCHAN, 23 Mei 2018 - En. Johari bin Napiah tinggal di Pasir Panjang bersama isteri dan anaknya. Beliau mempunyai 3 anak tiri hasil dari perkahwinan isterinya yang terdahulu dan 2 orang anak yang berusia 5 dan 3 tahun. Anak tiri beliau yang berusi 8 tahun adalah kategori OKU (syndrome down). Hasil pendapatan bulanan beliau tidak menentu iaitu lebih kurang RM600 dan hanya mengharapkan hasil tanaman jagung dan ubi dari kebun yang dijual ditepi jalan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-3339023. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-028]

SEKINCHAN, 23 Mei 2018 - Keluarga En Zulkifli Bin Yusof dan Pn Suhana Binti Ramli tinggal di rumah pusaka arwah nenek beliau yang terletak di Pasir Panjang, Sekinchan. Beliau bekerja sebagai Pekebun menanam Ubi Kayu di kebun sendiri dengan anggaran pendapatan bulanan sekitar RM 300 sebulan. Isterinya pula bekerja sebagai Pemetik Sayur di kebun salah seorang pengusahaan pekebun kecil di kampungnya dengan anggaran pendapatan sekitar Rm 40 sehari. Beliau dan isteri mempunyai 4 orang anak yang bersekolah dan seorang anak yang masih menganggur. Beliau dan isteri telah mendapat bantuan Zakat untuk raya dan persekolahan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-28821598 atau 011-21252501. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-029]

SEKINCHAN, 23 Mei 2018 - Pn. Khairatul Faridah binti Abdul Rahim tinggal menyewa di Sungai Panjang Sekinchan bersama 7 orang anak. Beliau merupakan ibu tunggal yang kematian suami akibat kemalangan 5 tahun lepas. Anak sulung beliau sahaja yang bekerja manakala 2 orang menyambung pengajian di USAS Kuala Kangsar dan KUIS. Anak ketiga beliau kategori merupakan OKU dan mengikuti program di PDK Seri Setia dan 3 orang lagi masih bersekolah. Beliau mendapat bantuan dari zakat sebanyak RM350 sebulan dan kadang-kadang berniaga ayam goreng dan nugget di hadapan rumah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016-2929438. Sumbangan SKR 2018 oleh PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-030]

SEKINCHAN, 23 Mei 2018 - Keluarga Pn. Norlia binti Hassan tinggal menumpang di rumah ibunya  yang berusia 76 tahun di Sg Nibong bersama 4 orang anak yang 3 orang daripadanya masih bersekolah. Beliau merupakan ibu tunggal dan bekas suami melarikan diri tanpa jejak. Pendapatan bulanan beliau tidak menentu hanya mengharapkan bantuan zakat sebulan 350 ringgit dan tempahan kek dan biskut serta ihsan dari adik beradik. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-2537529. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn Bhd telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-031]

TANJONG KARANG, 23 Mei 2018 - Pn Norliza Binti Samudi seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak yang bersekolah. Beliau sekeluarga tinggal di rumah pusaka arwah ayah beliau di Tiram Jaya, Tanjung karang. Buat sementara waktu, pada bulan Ramadhan ini beliau bekerja di Bazaar secara sambilan dan pendapatan beliau tidak tetap, beliau hanya bergantung pada bantuan Zakat sebanyak RM250 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011-23874542. Sumbangan SKR 2018 oleh Permodalan YBK Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-032]

SEKINCHAN, 23 Mei 2018 - Pn Hamisah Binti Ahmad seorang ibu tunggal dan mempunyai 5 orang anak yang bersekolah dan seorang lagi anak beliau melakukan kerja kampung. Beliau tinggal menumpang dirumah pusaka Ibunya yang terletak di Pasir Panjang, Sekinchan. Beliau bekerja sebagai Penjahit Baju di Kilang Baju dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap sekitar RM 500 sebulan. Beliau telah mendapat bantuan Zakat sebanyak Rm 350 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-6941415. Sumbangan SKR 2018 oleh En Vernon Sta Maria dan Saudara Danial Imran Sulaiman Imran telah disampaikan oleh Zulkifli Zali (PLYBK). [PL-SGR-035]

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;