BANDAR SUNWAY (SUBANG), 26 Mei 2018 - Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, seramai 36 orang pelajar Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir @ Jambor Sakti) dan 4 keluarga terpilih daripada Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2018 telah diraikan dalam program #JomBeliKasutRaya dan berbuka puasa bersama YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg Datin Hajah Hartini Osman.

Program bermula pada jam 5:30 petang dengan ketibaan pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK Gesir dan keluarga-keluarga terpilih SKR 2018 ke kedai kasut BATA di Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid. YBhg. Datin Hartini Osman sendiri bersama-sama staf YBK yang hadir turut membantu dalam melancarkan proses pemilihan dan pembelian. Sebaik sahaja selesai, semua yang hadir telah berbuka puasa bersama-sama.

Acara ini merupakan salah satu inisiatif tahunan pada Ramadhan setiap tahun. Diharapkan pemberian ini dapat memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada para pelajar ASKA Gesir dan para keluarga yang terpilih menjelang Aidilfitri.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;