CHERAS, 30 April 2018 - Skuad Kasih YBK (SKY) melawat dan menyampaikan sumbangan buat keluarga En. Jamadi dan Pn. Nurfadhilah di PPR Sri Sabah di Cheras. Keluarga ini menghadapi musibah apabila anak keduanya mengalami jangkitan paru-paru dan kini masih lagi mendapatkan rawatan di HKL.

En. Jamadi bekerja sebagai pemandu sementara di Putra Height pada waktu siangnya. Pada waktu malam dia mengambil upah bekerja di beberapa hypermarket sebagai pembantu am. Baru-baru ini beliau kehilangan motosikalnya ketika bekerja. Oleh itu keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam bagi urusan harian.

Permohonan keluarga ini telah dipanjangkan kepada beberapa pihak berwajib dan dalam proses siasatan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;