KUALA LUMPUR, 5 Mei 2018 - Hari ini telah berlangsung Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Program mingguan ini menyedia serta mengedar 200 pek sarapan pagi serta minuman panas kepada rakan-rakan jalanan ini.

Pagi ini kehadiran Pn. Syarifah daripada Kepong turut menyumbang 30 bungkus sarapan pagi ini. Beliau turut serta membantu mengedar pek makanan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Pada minggu ini pek sarapan pagi ditaja oleh YBK.

Program Santuni Gelandangan ini akan direhatkan buat sementara waktu dalam bulan Ramadhan nanti.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;