SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Padang Jawa, Klang, Selangor, menyaksikan tiga (3) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 16 Jun 2017. Keluarga yang menerima adalah;

KLANG, 16 Jun 2017 – Pn Fauziah Mohd Amid adalah seorang ibu tunggal yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan JKM kerana tidak bekerja. Beliau menghidapi penyakit kanser payudara yang memerlukan rawatan yang kerap dan perbelanjaan yang banyak. Di samping itu, nama beliau telah disenarai hitam oleh pihak bank kerana masalah hutang bekas suaminya.

Beliau tinggal di rumah sewa bersama empat orang anaknya – Muhd Faez (25 tahun – tiada kerja tetap), Nursyafiqah (21 tahun), Muhd Firdaus (13 tahun), dan Al-Ghazali (9 tahun).

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada Kutipan Pn. Hjh Faridah Md Ali Rouse. Pn. Fauziah boleh di hubungi di talian 018 224 4983.

KLANG, 16 Jun 2017 – Pn Intan Baizura Jamaluddin bekerja sebagai pembantu pasar malam dan hasil daripada pendapatan inilah yang digunakan untuk menyara keluarga. Suami beliau, En Fauzi Saim menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi dan memerlukan rawatan yang kerap serta pengambilan insulin. Beliau sendiri menghidap penyakit kanser payudara dan pernah menjalani pembedahan.

Dua daripada tiga anak pasangan ini masih belajar – Muhd Nabil (11 tahun) dan Nur Farhani (14 tahun). Anak yang sulung, Aiman Haikal (18 tahun) tidak bekerja dan sedang mencari peluang untuk bekerja atau menyambung pelajaran.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada kutipan Pn Hjh Faridah Md Ali Rouse. Pn Intan boleh dihubungi di talian 019 349 9895.

KLANG, 16 Jun 2017 – Pn Nur Azmah Mohd Amid adalah seorang ibu tunggal yang bergantung harap sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara keluarga. Beliau tidak bekerja kerana menjaga anak-anak yang menghidap penyakit berat di samping beliau sendiri yang menghidap sakit tulang belakang.

Ketiga-tiga anak beliau menghidapi masalah kesihatan – Azrul Aqasha (13 tahun – masalah pembelajaran), Nur Nadiah (12 tahun – enzima kronik), dan Nur Airina (4 bulan – jangkitan paru-paru). Pn Nur Azmah menghabiskan sebahagian besar masa untuk menjaga anak-anak beliau ini yang memerlukan pemantauan rapi.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada kutipan Pn Hjh Faridah Md Ali Rouse. Pn Nur Azmah boleh dihubungi di talian 018 667 0991.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;