SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Pasir Putih, Kelantan menyaksikan lima (5) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 5 Jun 2017 dan dibantu oleh Ustaz Amarullah Ibrahim. Keluarga yang menerima adalah;

PASIR PUTIH, 5 Jun 2017 - Encik Ruslin Tarmizi bin Salleh dan Puan Nazita bt Ibrahim menetap di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh.  Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak, dan 4 darinya masih bersekolah, Muhammad Fathur Rahman (12thn), Siti Nur Amirah Nazirah (10 thn), Siti Nur Syahindah (9 thn), Siti Nur Alya Aqilah (6 thn) dan Nurul Damia Dafinah (3 thn).

Encik Ruslin hanya bekerja sendiri bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.  Terkadang anak-anak tidak mempunyai duit saku untuk ke sekolah.  Mujulah ada adik iparnya, Mohd Mazdi bin Ibrahim (38 thn) yang tinggal bersama-sama mereka, yang terkadang ada membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang telah disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini bolehlah di hubungi di talian, 013-974 2249

PASIR PUTIH, 5 Jun 2017 - Kehidupan sebagai petani  tidak memungkinkan Encik Mat Yaakob bin Ismail dan isterinya, Puan Normah bt Mamat menjanjikan kehidupan yang selsea  buat putera dan puterinya. Hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu mendorong anak sulung pasangan ini, Nor Rosmanani (20 thn) belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya menjadi usahawan yang berjaya di Kelantan.  Adik-adiknya, Nur Azzah (17 thn), Ahmad Syukri 914 thn), Ahmad Syeril Haikal (12 thn) dan Ahmad Aliff Aiman (8 thn) masih bersekolah.

Keadaan Encik Mat Yaakob kini mengidap penyakit ‘3 serangkai’ , kencing manis, darah tinggi dan jantung menyukarkan lagi keadaan fizikal beliau untuk kekal bertenaga sepanjang hari.  Ada waktunya beliau tidah turun ke bendang kerana tidak sihat dan mereka sekeluarga akan makan apa yang ada untuk mengalas perut.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang telah disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2926 7852.

PASIR PUTIH, 5 Jun 2017 - Encik Mohd Johari bin Mustapha dan isterinya, Puan Noorliana bt Mustaffa menetap di Kampung Permatang Rambai sejak 20 tahun yang lalu. 

Seluruh pelosok kampung telah dijejaki sejak menjadi tukang rumah.  Kerjanya yang teliti dan kemas, menjadikan beliau selalu dipanggil untuk membaiki atap bocor dan sebagainya. Pendapatan sebagai tukang rumahlah yang menyara kehidupan beliau suami isteri dan 5  orang anaknya, Noor Ayu Natasha (15 thn), Mohammad Aidil Idham (12 thn), Nur Amni Nazihah (10 thn), Muhammad Sfahhizam (4 thn) dan Muhamad Azfar Asyraf (6thn).

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang telah disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-3644464.

PASIR PUTIH, 5 Jun 2017 - Bekerja bawah panas,minyak tertumpah di baju atau badan, bekerja tidak mengira waktu kerana mengejar kehendak dan keinginan pelanggan, begitulah lumrah hidup seorang mekanik.  Ada kalanya tidak sempat makan kerana menyiapkan kereta atau motor pelanggan.  Keluar rumah seawal 6.30 pagi bagi menghantar anak-anaknya kesekolah, Encik Lokman bin Yusof, amat bersyukur dikurniakan seorang isteri, Puan Roslina binti Salleh yang amat memahami.

Puan Roslina yang menjadi nakhoda bagi menguruskan rumah dan anak-anak.  Pasangan ini mempunyai 3 orang puteri, Nur Liyana Hanis (15 thn), Nur Liyana Alina (13 thn), Nur Liyana Batrisya (7 thn) dan Mohammad Ilham yang berusia 6 tahun adalah putera tunggal dalam keluarga ini yang sangat manja.

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang telah disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim. Keluarga ini bleh dihubungi ditalian, 019 949 0680.

PASIR PUTIH, 5 Jun 2017 - Puan Lariah binti Setapah menyara kehidupan beliau dan suami, Encik Mohammad Ropin bin Samad dan 4 orang anaknya dengan bertani.  Suaminya, Encik Mohammad Ropin mengalami masalah mental sejak 10 tahun lalu. Dan sejak itulah, Puan Lariah menjadi ketua keluarga, menguruskan makan dan pakai anak-anak dan  suami, juga menguruskan ekonomi keluarga.  

Bukan mudah mengurus tadbir 4 orang ‘hero’ masa mereka masih kecil dan dalam masa yang sama terpaksa keluar mencari rezeki. Tanggungjawab semua terpikul diatas bahunya. Anak-anaklah pembakar semangatnya  untuk terus kuat dan tabah dalam memikul tanggungjawab ini seorang diri. 

Namun kini, tanggungjawabnya sedikit demi sedikit dipindahkan kepada anak sulungnya, Nor Azmi Rahidah (18 thn) yang bekerja sambilan bagi menambah pendapatan keluarga.  Adik-adiknya, Muhammad Reduan (15 thn), Mohammad Rosli (13 thn) dan Mohammad Amirullah (11 thn)

Sumbangan SKR 2017 oleh YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang telah disampaikan oleh Ustaz Amarullah bin Ibrahim.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;