SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Gombak dan Sri Kembangan menyaksikan enam (6) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung pada 23 dan 26 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

GOMBAK, 23 Mei 2017 - Business Associates Consulting melalui Yayasan Basmi Kemiskinan dalam program Sinar Kasih Ramadhan menaja Pn. Rohaya Bt Hj Bakhtiar yang tinggal menyewa di sini bersama 5 orang anaknya.

Pendapatan keluarga ini hanya bergantung kepada anak sulong, Muhamad Ramdzan (23 tahun) yang bekerja sebagai Buruh Penyelenggaraan. Ibu tunggal ini pula mengambil upah menjaga anak jiran bagi menampung keluarga seramai 5 orang ini. Anak yang masih belajar, Rasma Hani (21 tahun - UniKL), Raidah Salma (18 tahun - kolej komuniti), Nuh Akmal (12 tahun) dan Rasya Aleeya (11 tahun).

Sumbangan diserahkan kepada Pn Rohaya dan beliau boleh dihubungi di talian 017 789 7059.

PPR BATU MUDA, 23 Mei 2017 - Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan menziarahi pula keluarga En Azhura B Abdul Aziz dan Pn Roszitah Bt Kairoman. 

Mempunyai 3 orang anak yang 2 darinya adalah OKU iaitu Akif (17 tahun) dan Afiq (15 tahun) bersekolah di sekolah khas, manakala yang bongsu Nur Anis Allysa (11 tahun) normal dan bersekolah disekolah biasa. En Azhura bekerja sebagai Pemandu Lori dan isteri tidak bekerja kerana sakit jantung.

Sumbangan tajaan berbuka dan bersahur adalah dari sahabat Hjh. Zubaidah dan diserahkan kepada Pn Roszitah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 012 245 7069.

SERI KEMBANGAN, 23 Mei 2017 - Program Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan menziarahi keluarga En. Burhan Bin Munta dan Pn Salma Bt Tangman dari Sabah.

Keluarga 5 beranak ini menyewa di pangsapuri ini. Kesemua masih bersekolah, Nor Fitri (16 tahun), Betrand Safitra (15 tahun), Faizal (14 tahun), Rizal (11 tahun) dan Siti Balqis (7 tahun). Bekerja sebagai Buruh Pembersihan tidak mencukupi untuk menampung keluarga sebesar ini.

Hj Zubaidah Hj Arshad telah menaja keluarga ini untuk berbuka dan bersahur sepanjang Ramadhan. Sumbangan diserahkan kepada isteri beliau.

SERI KEMBANGAN, 23 Mei 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan melalui program Sinar Kasih Ramadhan 2017 menziarahi keluarga En Alizi B Abdul Rahman. Beliau bersama isteri Pn. Mazuin Bt Noh bersama 5 orang anak menyewa di pangsapuri ini.

4 orang anak bersekolah : Nur Hafiza (14),Nur Syazwani (11), Nur Alya Tasnim (9), Mohd Alif (7). Bekerja sebagai Pemandu Lori tidak menjamin dapat menampung kos keperluan keluarga yang semakin meningkat.

YBK menyampaikan sumbangan SKR yang ditaja oleh OUD Aset Management SB kepada isteri beliau.

KG SG PUSU, 26 Mei 2017 - Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan menziarahi En Mustaffa B Saad yang mengalami lumpuh. Menyewa sebuah rumah yang tidak mempunyai bilik pun, serta bekalan air hanya dari mata air dari bukit dibelakang rumah sewa ini.

Bersama beliau adalah isteri, Pn Araya Bt Dasae dan 7 anak meraka yang tinggal di rumah kecil ini, Muhammad Khairi (22 tahun), Noor Dayana (20 tahun), Muhammad Khasidari (16 tahun), Nurul Ahyiqin (14 tahun), Muhammad Khairuzaman (11 tahun), Khalif Zabib (7 tahun) dan Noor Zara Amira (3 tahun). Beliau bergantung kepada pencen bulanan dan isteri yang bekerja sebagai Pembantu Kedai. Pusat Zakat membantu meringankan beban keluarga ini dengan bantuan bulanan.

Sumbangan diserahkan kepada beliau adalah tajaan dari Institut Perkembangan Minda (INMIND)

PUCHONG PERDANA, 26 Mei 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan menyampaikan sumbangan tajaan Institut Perkembangan Minda (INMIND) kepada ibu tunggal, Pn Saripah bt Shahran yang tinggal menyewa dipangsapuri ini bersama 3 orang anak yang mana seorang darinya di sekolah Pendidikan Khas, adik Muhammad Nur Hakim (13 tahun). 2 anak lagi adalah Abdul Alim (18 tahun) dan Nurul Asyikin (14 tahun).

Ibu ini bekerja sebagai pembantu kedai bagi menyara anak-anaknya. Bantuan bulanan JKM dan Pusat Zakat meringankan sedikit kesusahan yang beliau tanggung.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;