SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di kawasan Batu 9 dan Batu 14 Hulu Langat serta Beranang menyaksikan sembilan (9) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung selama 23 Mei 2017 dan dibantu oleh guru daripada SMK Abdul Jalil (Cikgu Zasmarti Abdullah Nawani - PK HEM) dan SMK Perimbun (Ustazah Rozainal Muda). Keluarga yang menerima adalah;

DUSUN TUA, 23 Mei 2017 - Pn. Nor Eshah Osman adalah ibu tunggal kematian suami yang menyara keluarga dengan memasak lauk-pauk dan menjualnya secara kecil-kecilan.

Hasil daripada jualan ini tidak tetap setiap bulan kerana bergantung kepada permintaan. Walau bagaimanapun, beban kewangan sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan zakat bulanan barangan keperluan rumah. Rumah kediaman Pn. Nor Eshah dibina oleh Zakat Selangor. Dua (2) daripada 4 orang beliau masih bersekolah.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. Pn. Nor Eshah boleh dihubungi di talian 017 643 1692.

DUSUN TUA, 23 Mei 2017 - Si suami mencari rezeki menjual satay manakala si isteri diuji dengan sakit kencing manis. Itulah coret kisah En. Halmin Abu Bakar dan Pn. Zarina Hassan yang tinggal menyewa di Kg Darul Hidayah.

Bekerja sebagai penjual satay tidak menjanjikan pulangan lumayan malah amat tidak menentu. Pn. Zarina yang menghidap kencing manis dahulunya mengambil ubat hospital namun dihentikan kerana memberi kesan yang tidak menyelesakan kepada dirinya. Beban kewangan keluarga ini sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan zakat. Empat (4) anak pasangan ini masih bersekolah.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 261 0879.

BT. 13 1/2 HULU LANGAT, 23 Mei 2017 - En. Yaakob Hamid diuji dengan musibah apabila diserang angin ahmar (stroke) dan menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk bercakap. Disebabkan sakit tersebut, beliau tidak kuat untuk bekerja bergantung kepada isteri, Pn. Zawani Abd Ghani dan bantuan daripada agensi berwajib seperti JKM.

Kesempitan hidup keluarga ini amat ketara apabila melihat kediaman beliau yang serba kekurangan di samping terdapat 5 orang daripada 8 orang anak yang masih belajar. Anak beliau yang bongsu berumur 1 tahun manakala yang sulung, Muhd Hilmi masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. En. Yaakob boleh dihubungi di talian 018 873 7704.

HULU LANGAT, 23 Mei 2017 - Pn. Haniza Yahya, seorang ibu tunggal tinggal di rumah teres peninggalan kakak beliau yang telah meninggal dunia. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung kepada bantuan bulanan zakat (wang + keperluan rumah).

Kesemua anak-anak beliau masih belajar - Hanith Zafirah (20) di Kolej Islam Antarabangsa; Haziq Zamir (19) di GMI; Harith Zakwan (16) dan Hadirah Zahra (14) di SMK Abdul Jalil; dan Hassanain Zuhairi (13) di Madrasah Tahfiz.

Sumbangan SKR keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. Pn. Haniza boleh dihubungi di talian 013 383 8832.

CHERAS MAS, 23 Mei 2017 - Pasangan suami isteri yang berasal dari Kelantan ini, En. Muhammad Suhaimi dan Siti Norazierhan Saadi tinggal di rumah flet yang disewa dengan kadar RM450 sebulan.

En. Suhaimi bekerja sebagai buruh pelbagai tugas manakala Pn. Norazierhan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan dan berhasrat untuk mengembangkan jualan di bazar Ramadhan. Empat (4) daripada 6 anak pasangan ini masih belajar dan yang paling bongsu, Nur Ammerra Fatriesha berusia 1 bulan dan memerlukan perhatian penuh ibunya.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 363 8626.

BT. 10 CHERAS, 23 Mei 2017 - Suami isteri sakit namun gigih mencari rezeki. En. Azlan Zainuri menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi manakala isteri beliau, Pn. Mawarni Derasia menghidap asma. Ketika kunjungan kami, isteri beliau sedang menjalani rawatan.

Punca pendapatan keluarga ini adalah daripada Pn. Mawarni yang memiliki kemahiran mengurut manakan En. Azlan melakukan pelbagai kerja akibat keterbatasan kesihatannya. Beliau tinggal di rumah sewa yang ditanggung Zakat dan 3 daripada 6 anaknya masih belajar, dan yang paling bongsu berusia setahun.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. En Azlan boleh dihubungi di talian 016 364 4123.

BT. 10 CHERAS, 23 Mei 2017 - En. Azhar Abd Aziz menghidap sakit usus sejak lahir dan telah beberapa kali menjalani pembedahan. Disebabkan keuzuran ini, beliau tidak mampu untuk melakukan kerja berat dan lasak dan punca rezeki beliau adalah dengan mengutip dan menjual barangan terpakai yang turut dibantu oleh isteri beliau, Pn. Haslina Ambong.

Dengan pendapatan yang amat tidak menentu, beliau perlu menanggung 8 orang anak yang tinggal bersama (5 orang masih bersekolah) di samping sewa rumah sebanyak RM700 sebulan. Beliau tanpa jemu telah bertemu pihak berwajib seperti Pusat Zakat dan JKM bagi mendapatkan bantuan dan sedang menunggu maklumbalas.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. dan disampaikan oleh Cikgu Rozainal Muda dari SMK Perimbun. En. Azhar boleh dihubungi di talian 010 901 9051.

BERANANG, 23 Mei 2017 - Puan Musrafizah Mustafa Hilmi mengusahakan pembuatan makanan sejuk beku secara kecil-kecilan di Kg Sesapan Kelubi sebagai punca rezekinya dengan ihsan kakaknya. Walaupun pendapatan hasil jualan adalah tidak menentu, beliau tidak putus asa dan kental mencari rezeki demi keluarga.

Hasil jualan makanan sejuk beku tersebut, beliau menyara 4 orang anaknya yang masih belajar. Puan Musrafizah amat bertuah kerana anak-anak beliau pintar dalam pelajaran. Yang sulung, Aizah Nur Husna bakal mendaftar di Matrikulasi di Melaka. Izzah Atirah, 17 tahun, bakal menduduki SPM, dan Airiel Rayyan, Auni Awfiyah dan Amna Hannani belajar di SK Beranang.

Sumbangan SKR ini adalah daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. dan Puan Musrafizah boleh dihubungi di talian 012 340 4522.

HULU LANGAT, 23 Mei 2017 - Kegigihan ibu tunggal, Pn. Normah Mohd menyara keluarga seharusnya menjadi suri tauladan. Beliau bekerja sebagai pembantu am pejabat dengan pendapatan yang tidak seberapa. Suami beliau telah meninggal dunia dan ketika hayatnya bekerja sebagai pemandu teksi. Ketika kami hadir, beliau tiada di rumah kerana bekerja.

Daripada hasil pendapatan tersebut, beliau menyara 5 orang anaknya yang masih belajar - Nurul Izzah (14), Nurul Ain (12), Nurul Hana (11), Muhd Imad (8) dan Muhd Salahuddin - di samping ibu beliau, Pn. Maimunah Hj Mohd Ali yang tinggal bersama keluarga ini. Beban kewangan sedikit sebanyak diringankan dengan bantuan zakat.

Sumbangan SKR untuk keluarga ini adalah daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. dan diterima oleh ibu beliau bagi pihak keluarga. Pn. Normah boleh dihubungi di talian 013 295 0679.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;