LEMBAH SUBANG, 19 Mei 2017 – Kunjungan ke rumah Encik Suhaimi b Hj Daruis di PPR Lembah Subang untuk penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan sedikit sebanyak memberi kesedaran bahawa hidup di bandar tidak lepas daripada kemiskinan.

Encik Suhaimi dahulunya bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan tidak menentu namun sejak dua bulan lalu, beliau tidak bekerja kerana tidak mampu untuk membayar sewa teksi dan kini sedang mencari kerja alternatif bagi menampung perbelanjaan keluarga. Isteri beliau, Puan Junani Jamhari bekerja sebagai suri rumah dan tidak boleh bekerja berat kerana kaki beliau pernah menjalani pembedahan dan dimasuk besi.

Beliau sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM124 sebulan. Walaupun bayaran sewa itu tidak tinggi, namun perbelanjaan anak-anak beliau seramai 4 orang yang masih belajar merunsingkan pasangan suami isteri ini. Anak sulung keluarga ini, Mohd Saufi Ekmal sedang menuntut di Kolej Kirby Cyberjaya. Dua orang anak beliau, Nurjasmie Afrina, 15 tahun, dan Mohd Hairul Efendi, 14 tahun, belajar di sekolah menengah; manakala Mohd Farid Danish, darjah 3 di sekolah rendah.

Sumbangan SKR ini adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. Encik Suhaimi boleh dihubungi di talian 017 654 5630 atau 017 293 6520.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;