KG. GESIR TENGAH, 28 Mac 2017 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Rasmi van baharu kepada Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti). Van berkapasiti 14 tempat duduk ini adalah untuk kegunaan pengangkutan pelajar dan merupakan sumbangan daripada Yayasan Jambo Sakti dan YBK.

Penyerahan disempurnakan sendiri oleh Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, dan diterima oleh Pengetua ASKA Gesir, Cik Farahin Iszreen. Turut hadir menyaksikan penyerahan, Datin Hartini Osman, dan Dato Bing Selamat Amir, ALPA YBK, staf YBK dan pelajar ASKA Gesir. Dato' Pengerusi turut memandu uji van berkenaan bersama Dato Bing dengan menghantar pelajar-pelajar ASKA Gesir ke sekolah agama.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;