KUALA LUMPUR, 11 Mac 2017 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan hari ini di mana 100 hingga 300 pek makanan diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir. Penaja untuk minggu ini adalah Pusat Latihan YBK Kuala Selangor (PLYBK).

Proses edaran mengambil masa selama sejam bermula pada jam 12 tengahari sehingga 1 petang. Para gelandangan ini berbaris dan sebaik sahaja doa selesai dibacakan, mereka masing-masing menerima pek makanan tengahari yang diedarkan oleh wakil daripada PLYBK.

YBK mengalu-alukan sumbangan individu dan/atau masyarakat yang ingin turut serta dalam program ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;