KLANG, 15 Februari 2017 - YBK hari ini telah mengadakan kunjungan ke premis Love and Care Charitable Association Selangor yang terletak di Bukit Raja, Klang. Premis persatuan ini menjadi pusat utama untuk memasak makanan yang akan diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Delegasi YBK diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan isteri, Datin Hartini Osman. Turut mengiringi, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK dan pegawai-pegawai YBK dan Persatuan.

Ketibaan YBK disambut dan diberi penerangan oleh Datuk Lim Mooi Choo. Dapur berpusat ini menerima bahan mentah (makanan) daripada orang ramai kemudiannya memasak dan mengedarkan kepada insan yang memerlukan secara percuma di sekitar bandar Klang setiap hari. YBK berhasrat untuk melihat dan belajar berkenaan persiapan makanan ini untuk diimplementasikan dalam Program Santuni Gelandangan secara khusus dan program-program YBK yang lain secara amnya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;