KUALA LUMPUR, 18 Februari 2017 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan Program Santuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Pek-pek makanan sebanyak 100 unit pada minggu ini ditaja oleh Alumni Asrama Kasih YBK (ASKA YBK).

Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari apabila kumpulan gelandangan ini mula berbaris di pintu masuk masjid. Selepas doa dibaca, pek-pek makanan mula diedarkan oleh sukarelawan masjid dan dibantu oleh alumni ASKA YBK yang turut sama hadir. Pihak masjid turut menerima sumbangan pek makanan daripada Bank Muamalat di mana ia turut diedarkan bersama-sama.

YBK mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini. Kepada yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;