SABAK BERNAM, 17 Februari 2017 - Skuad Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (SKY) mengunjungi Puan Roslah Ahmad di Desa Kasih Tanjung Jawa. Beliau adalah balu kepada peserta Desa Kasih, Abdul Aziz Tahrib yang meninggal dunia 2 tahun lepas.

Kesusahan beliau menjaga 2 orang anak perempuan tiri yang menghidapi masalah mental di samping beliau sendiri yang kurang sihat kerana penyakit kencing manis menarik perhatian kami. YBK telah memberi sumbangan berupa tunai, barangan keperluan makanan dan pakaian. Beliau merupakan penerima bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor dan tiada punca pendapatan lain.

Kepada rakan-rakan yang ingin info lanjut atau membantu keluarga ini, boleh berhubung dengan En. Mohd Khairi Yunos di talian 012 260 1279.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;