Semenyih, 1/9/2016 - Skuad Kasih YBK (SKY) melalui maklumat orang ramai telah melawat keluarga Pn Emilly di Taman Tasik Semenyih. Siasatan dan lawatan keluarga ini untuk kami melihat keperluan serta bantuan yang difikirkan sesuai. Pn Emilly tinggal dirumah yang tidak disewakan atas budi bicara tuan rumah. Bersamanya seorang anak lelaki yang masih bersekolah di SK Bandar Rinching.  

Pn Emilly tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan. Sumber pendapatan bergantung kepada ihsan jiran dan komuniti taman. Perbincangan dengan Pn Emilly supaya masalah beliau ini dirujuk ke Pusat Zakat dan JKM dalam bantuan bulanan. Beliau juga memohon kepada YBK untuk mendapatkan sedikit modal kewangan bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Semoga Pn Emilly dan keluarga dapat menyelesaikan permohonan pusat zakat dan JKM dengan segera. Ini kerana bantuan bulanan amat perlu bagi keluarga ini meneruskan kehidupan harian dengan lebih ceria.

 

 

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;