24 April, Putrajaya - YBK telah mengemukakan cadangan akan mengadakan ;Karnival Kemasyarakatan YBK' pada 6-8 Jun 2008 di Piazza The Curve Mutiara Damnansara. Program ini melibatkan seluruh golongan masyarakat yang merintasi suku kaum di Malaysia khususnya yang tinggal di Selangor dan Lembah Klang. Karnival Kemasyarakat YBK merupakan program yang mengajak masyarakat Malaysia bersama menjayakan misi Perpaduan dan Kemegahan Bangsa Malaysia, Belia dan Orientasi Budaya Masyarakat Bandar, Program Kemasyarakatan dan Kisah Kejayaan YBK sepanjang tempuh 1990-2008.

Antara program yang dirancangkan dan termasuklah Pertunjukan Hiburan oleh artis tempatan, Pamiran, ICT, Budaya Belia, Pendidikan Dan Latihan dan Tanggungjawab Masyarakat. YB Menteri KKLW, Tan Sri Muahmmad bin Muhd Taib telah menyatakan persetujuan akan merasmikan program ini. Beliau berharap YBK sebagai NGO dan juga NGO lain dapat memainkan peranan mengisi program seperti ini sesuai dengan nilai dan budaya masyarakat bandar sebagai sokongan kerajaan menjayakan menerapkan nilai-nlai masyarakat penyayang yang kian pupus di kalangan masyarakat sekarang.

Persembahan artis termasuklah yang dirancang termasuklah dari Hujan, Estranged, Nianjin, Sofaz, Butterfingers, Meet Uncle Husin, Estrella dan The Times. YBK juga menjemput Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan beberapa pelajar Asrama KAsih yang telah berjaya sebagai icon YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;