25 November, Batang Kali – Seramai 20 keluarga miskin dari sekitar Batang Kali telah menerima sumbangan berupa barangan makanan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan.  Rombongan seramai 20 orang ahli PUSPANITA yang diketuai oleh Puan Sri Noorlina Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA, telah diberi taklimat ringkas berkaitan dengan program-program pembasmian kemiskinan YBK oleh  Datin Hajjah Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Majlis penyampaian sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Puan Sri Wan Noorlina kepada keluarga-keluarga terbabit. Turut hadir di majlis tersebut ialah Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; Haji Radzulai Yahaya, pegawai-pegawai YBK dan ahli-ahli SUKARELAWAN YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;