Januari 2002 - YBK berjaya membuktikan bahawa tahap pencapaian sederhana dalam peperiksaan UPSR ketika di sekolah rendah, bukan sebagai kayu pengukur bahawa seseorang pelajar itu akan gagal di sekolah menengah. Kenyataan ini dinyatakan oleh Pengerusi YBK, Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom ketika majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR, pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK, Serendah Hulu Selangor oleh isteri YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Datin Zaharah Kechik baru-baru ini

Dalam majlis ini seramai 7 orang pelajar Asrama Kasih telah menerima anugerah kecemerlangan tersebut dengan mendapat keputusan antara 8A dan 5A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2000 yang lalu. Menurutnya lagi, YBK telah memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada lebih 500 orang pelajar dari kalangan anak-anak miskin dan yatim dari seluruh negeri Selangor, yang memperolehi keputusan yang sederhana dalam peperiksaan UPSR tetapi berpotensi untuk lebih maju jika diberikan peluang yang sempurna.

Pelajar-pelajar yang berada di Asrama Kasih diberikan penekanan dan sistem pembelajaran yang lebih teratur dengan diwujudkan kelas-kelas tuisyen, program-program fardu ain, kemasyarakatan serta diwajibkan melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum. Kos perbelanjaan harian pelajar-pelajar juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak YBK, dan YBK membelanjakan lebih RM350,000 setahun untuk menguruskan Asrama Kasih ini.

Sejak ditubuhkan sehingga sekarang, pelajar-pelajar Asrama Kasih telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan sebahagian daripada pelajar-pelajar sulung asrama ini sedang melanjutkan pelajaran di beberapa buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta, seperti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia France Institut (MFI), German Malaysia Institut (GMI), British Malaysia Institut (BMI) dan Institut Teknologi Komuniti YBK-EDI (ITK)

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;