SERENDAH, 4 September 2016 - Hari ini telah berlangsung penyerahan kenderaan berupa van baharu 'Toyota Hi-Ace' oleh sekumpulan penyumbang kepada pihak Asrama Kasih YBK Serendah. Sumbangan ini adalah rentetan daripada peristiwa kecurian van yang berlaku pada bulan Julai yang lalu yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran untuk berulang-alik dari sekolah ke Asrama dan ini telah menarik perhatian kumpulan penyumbang prihatin ini untuk membantu.

Kumpulan penyumbang ini terdiri daripada En. Rosman Nordin selaku penyumbang utama, Tuan Haji Mohd Ghazali, En. Azrin Ahmad Kadri, Dato' Aminuddin, Ustaz Hafizzuddin Sidek dan saudara Afdlin Shauki Aksan yang merupakan pelakon dan penghibur terkenal. Datin Hartini Osman selaku Pengerusi Asrama Kasih mewakili Dato' Pengerusi YBK telah menerima van tersebut melalui simbolik pemotongan riben dan penyerahan kunci. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, barisan penasihat ASKA Serendah, para pelajar serta wakil-wakil media.

Dalam ucapannya, Datin Hartini Osman melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang sudi memberi sebuah van baharu untuk kegunaan asrama. Saudara Afdlin Shauki yang mewakili para penyumbang dalam ucapannya memberikan nasihat kepada para pelajar untuk terus berusaha memajukan diri walaupun diuji dengan ujian dan kesusahan dan mengajar diri untuk sentiasa memberi. Beliau turut memberikan motivasi ringkas kepada dan meluangkan masa bergambar bersama para pelajar.

YBK mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan semoga amal jariah ini akan diberi pahala berterusan di sisi Allah S.W.T.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;