DENGKIL, 30 Mei 2016 -  Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan melibatkan empat keluarga di kawasan Dengkil, Selangor. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

En Mohd Nor b Razali bekerja sebagai pengawal keselamatan di Cyberjaya dan menyara isteri serta 6 anak di rumah yang uzur ini. Gagal mendapat sebarang bantuan baikpulih rumah angkara status tanah yang belum pasti pemiliknya.

 

 

En Mahzam bin Mohd Said, seorang suami dan bapa kepada 6 orang anak mencari pendapatan dengan memandu teksi. Malangnya teksi yang disewa dengan permit sendiri kerap rosak. Kos pembaikan yang hampir menelan belanja sebanyak RM10,000.00 menyebabkan bapa ini terpaksa membiarkan teksinya di bengkel sementara beliau berusaha meminjam teksi dari rakan2 yang bercuti untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya.

 

 

Dengan gaji isteri sebanyak RM800 sebagai 'cleaner' di sekolah berhampiran, En Razali, ibu dan 5 orang anak yg masih bersekolah meneruskan kehidupan di rumah mereka di Taman Changgang Jaya.

 

 

Pemergian suami 3 tahun lepas meninggalkan balu Pn Nadifah binti A.Junaidi bersama 6 orang anak yang masih bersekolah tanpa sebarang sumber kewangan. Hanya bantuan dari JKM dan Pusat Zakat berjumlah RM800 cukup2 untuk mereka sekeluarga meneruskan kehidupan. Bumbung yang bocor dan silling yang pecah juga tak mampu dibaiki lantaran tiada pendapatan tambahan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;