TANJONG KARANG, 2 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan empat keluarga di kawasan Tanjong Karang, Selangor. Keluarga yang menerima adalah;

YBK melalui PLYBK Kuala Selangor meneruskan penyerahan sumbangan SKR kepada keluarga En. Mohd Kaspar bin Sapingi dan isteri Pn. Norleha binti Salim yang menetap di Ķampung Sri Tiram Jaya. En. Mohd Kaspar yang tidak memiliki pekerjaan tetap dan hanya bekerja kampung mengerjakan sawah padi menyara isteri dan 2 anak yang masih bersekolah rendah. Beliau juga ditimpa musibah dimana rumah yang diduduki perlu diruntuhkan dan terpaksa berpindah ke tapak lain. Penyerahan telah dilakukan oleh Pengetua PLYBK Kuala Selangor, En. Mohd Noh Mohamad diiringi Cikgu Ramlah Hashim. Semoga Ramadhan kali ini membawa kekuatan kepada keluarga ini meneruskan kehidupan.

Penyerahan sumbangan SKR seterusnya kepada keluarga En. Shrizam bin Siamat, 35 dan isteri Pn. Nazarina binti Johary, 31 yang menyewa di Taman Sri Tiram Jaya sejak setahun yang lalu. En. Shrizam yang bekerja sebagai kelindan lori terpaksa akur dengan jadual kerja yang tidak menentu dengan pendapatan harian RM38 dan purata hari bekerja seminggu hanya 4 hari sahaja. Beliau menyara isteri dan 5 orang anak yang berusia 13, 10, 8, 7 dan 5 tahun yang masih bersekolah. Isteri beliau tidak bekerja dan hanya mengambil upah membuat kuih raya sewaktu perayaan sahaja kerana ingin menumpukan perhatian menjaga anak-anak yang masih kecil. En. Shrizam telah puas mencari kerja lain tetapi tidak mendapat peluang sewajarnya kerana kekangan umur. Semoga Ramadhan kali ini memberi sinar baru kepada keluarga mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengetua PLYBK En. Zul Zali, Pn. Nieda Nurul dan Cikgu Ramlah Hashim dr SK Parit Serong.

YBK telah mengagihkan sumbangan SKR kepada keluarga En Ispar bin Shukran (pendapatan hanya menerusi pekerjaan mengurut) dan isteri Pn Asiah binti Jaafar (seorang oku). Kedua mereka mempunyai masalah kesihatan kencing manis, darah tinggi dan jantung. Mereka berdua merupakan ibu dan bapa saudara kepada 2 beradik yang kematian ibunya pada bulan Januari 2016 yang lalu. Manakala bapanya pula tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sejak menceraikan arwah ibu mereka 9 tahun yang lalu. 2 beradik tersebut, Abdul Hadi bin Abdul Hisam, 15 bersekolah di SAM Tg. Karang dan Abdul Razi bin Abdul Hisam, 12 bersekolah di SK Parit Serong. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi kekuatan kepada mereka sekeluarga untuk beramal dan meneruskan kehidupan mereka cekal. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengetua PLYBK Kuala Selangor diiringi Cikgu SK Parit Serong, Pn. Ramlah Hashim.

En. Idris bin A. Rahim dan isteri Pn. Siti Norlina bte Mohd Sahar yang menyewa di Bandar Baru Kuala Selangor. Beliau yang tidak bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan dan baru sahaja bangkit dari terlantar selama 3 bulan menyara isteri, 2 anak ýang berusia 11 tahun dan 1 tahun selain ibu mertua beliau. Pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi halangan kesihatan membantutkan usaha mereka.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;